Pages

Tuesday, January 17, 2012

Awan Nano



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
igtkan lagu ni x best..best oo..:P

Sungai Lui VS Awan Nano..huhuu..sa suka sa suka..

Monday, January 16, 2012

China: Budak 6 tahun hidup berdikari tanpa ibu dan bapa


Sungguh bertuah anak2 diMalaysia..umur dah belasan malah smpi dewasa pun masih minta dimanja (minta duit, minta apa2 ja) dari ibubapa lg..Ini satu kisah hidup seorang kanak2 yg ditinggalkan kedua orangtuanya..Copy n paste dr sini.
Malang bagi Ah Long,seorang budak berusia 6 tahun di China setelah kematian ibu bapanya yang merupakan mangsa HIV. Ah long yang juga merupakan pembawa HIV terpaksa hidup berseorang kerana masyarakat mungkin takut untuk menjaganya.Malahan neneknya sendiri hanya menjenguknya sekali sekala.Aktiviti lain seperti memasak,membasuh semua dilakukan sendiri oleh budak 6 tahun ini.

Sekolah berdekatan juga tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.Satu satunya kawan dan teman hidupnya adalah seekor anjing bernama Lao Hei.Lagi mendukacitakan Jabatan kebajikan juga tidak mahu membela nasib mangsa.Duit perlindungan sebanyak 70 Yuan ataupon 10 dolar sangat tidak mencukupi untuk menyara kehidupannya.
Sejak media di China menyebarkan berita tentang budak ini,ada khabar angin mengatakan terdapat pasangan yang ingin mengambil budak ini sebagai anak angkat.tetapi apa yang kami tahu,sampai sekarang budak ini masih hidup berdikari.
-weirdasianews

Bahaya kasut berbau

Dulu2 time sekolah seminggu sekali dengan wajah bengis akan menyental kasut sekolah..klu x, telinga akn tunduk melayu menampung bebelan si ibu..Ok, untuk kebaikan bersama la kan..Pergi sekolah pakai kasut putih bersih, wangi gitu, tidak mengganggu jiwa dan raga kekawan sekelas..

Tu dulu, time xda benda lain nak buat, nak fikir, pergi sekolah balik sekolah..buat kerja sekolah ,X buat kerja sekolah (pun boleh, tp dtg sekolah lap tingkap time kekawan belajar la jawabnya)..

Skg ni bertuah la sang kasut kalau mendapat usapan si sabun walau sebulan sekali..selagi x berselut 4inci selagi tu la dipakai (awal2 ckp bukan penulis blog..(>.<)

Jom layan si kucing ni test bau kasut tuan dia..(^_^)

Mmm, boleh tahan
Dalam cket
Arrr cepat keluar!! sangkut pulak dah!..Hmppphh..(>.<)
nyawa2 kucing..meoww..
Kesian, kekurangan O2 berkualiti..

...(X_X)...


Tuesday, January 10, 2012

Rahsia Ais

Ini satu info menarik yg sa copy & paste dr sini tentang AIS. Selama ni yg sa dengar, ais ni xbaik amek slalu..leh cpatkn kedut muka..hehehe..betulka..mmm whatever~ terus baca rahsia ais: 

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. (mm ini betul, menurut buku yg sa baca, penggunaan handdryer utk keringkan tangan lepas mbasuh tangan tidak akn membantu membebaskan tangan dr bakteria..so apalagi, gunakan tissue or sapu tangan lerr)

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak2 mengunyah ais kerana ini akan menguatkan gigi dan benarkan anak memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. (X Suka kunyah ais)

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. (RICE)

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. (xpulak dinyatakan, Y must kain hitam)

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. (Gila?? Ais??)

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

 Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

I ll take U..
Ok dah tau dah rahsia ais?? Tetap x suka abc or aiskrim..hehee..

p/s: "klu nak tidur berselimut, jangan nak buka kipas plak", Mak saya..(kantoi tidor ngn mak..:P)
tp tula yg pling bez tido, sejuk2 berselimut..:P


Sunday, January 8, 2012

sG Lui: NO LOVE NO LIFE. KNOW LOVE KNOW LIFE


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini 

Sg Lui? ..:)

p/s: No Love, No Life..Know Love, Know Life..Miss mom n dad..3 Orange Armies yur big sista  will b back..

Sunday, January 1, 2012

2012: LIFE IS ABOUT CREATING OURSELF

Year pass by, people create new vision for the new year..It's actually not the years in your life that count but its the life in your years.









Life is a journey...
Fail to Plan is Plan to Fail
Who knows what will happen next


The life is too short to wake up with regret so dream as if you'll live forever, live as if you'll die today 


And we are the author of our own life.

Don't compare our life to others. We have no idea their journey is all about..

:)



  

Tuesday, December 27, 2011

Why K-POP?

Mlm td b4 trlelap, sy mlawat feveret blog sy..byk penulisan menarik yg dtulis ditaip oleh pemilik blog tersebut. Semuanya berkisar ttg kehidupan..lepas tu entah pukul brpa terlelap mengenangkan kehidupan sa sndiri..Masa remaja sy almost end or dah lama berlalu?..n until now apa yg sy tau ttg kehidupan sy? Apa yg sy tahu membuat 1 keputusan dalam kehidupan ini tidak mudah..





Sy tertarik dgn kata2 yg pernah dikongsikan spasang kembar..kita hidup didunia ini hnyalah sbagai pelakon di atas muka bumi ini..So? Sa terfikir kehidupan ini begitu bererti, ttp kita diwujudkan hnya utk berlakon? Apa bayaran kita di atas lakonan kita ni? Ok. Sy berfikir lg, kita ada kehidupan lain selepas ini..Mungkin disana nnt kita akn dibayar atas apa yg kita lakonkan..Dalam dunia yg serba kalut ni, byk medium yg bersaing utk menyebarkan fahaman masing2..smpi sy sndiri pun bingung mana satu yg benar..malah smpi timbul a word yg mengatakn "Sejarah tanpa pembohongan adalah tidak menarik"..huhuuu..sejarah pun boleh dimanipulasikan..manusia~

Ok! apa kaitan KPOP plak? nmpak x anak bangsa kita (cewah) skg ni tgah demam KPOP..malah bkn setakat Malaysia, Asia Tenggara ni yg dmam KPOP ttp SELURUH DUNIA..Arab pun?? Eyaaa..nmpak sgt yg muzik adalah 1 medium terbaik utk mempengaruhi minda seseorang..lihat..

Girl Generation 

Malaysia punya: Gula-Gula (GG jg??)

Malaysia punya: ooppss!! Yg ni bukan KPOP k..(^_^)

Org kita ni suka tiru apa yg org len buat..kemana pergi jati diri remaja kita..org nak kpop kita pun nak kpop..knapa la x letak Mpop..pakai kurung cam Ana Rafali..ni kaki cm guni beras (sorry) pun nak pakai skirt pendek..Korea tu lain la..plastik makeup ja byk..biarla meka tunjukkn keplastiksan (Keplastiksan????) meka tu..tu yg pompuan..yg lelaki sy igtkn xda la nk ikut bnda2 cmni..rupanya skg ni semua nak berlakon jd KPOP didunia ni wlupun diluar tanah Korea..:PP

Super Junior. Super Jambu..euu
    KPop Malaysia: uikksss..comel sungguh

Tolonglaa..speechless dah..fahamila Kpop stand 4 what sbnarnya..(muntah angin).

Fikir2kan lah ya, kita nak jd pelakon yg cmana diatas muka bumi ni..nk jd kpop? nak jd Mpop? nak jd apa2 ja, make sure apa yg kita wat tu bkn utk kehidupan ni shj..sy pasti setiap agama percaya kehidupan abadi..:)..

Ooppss lagu wall ni pun Korea?? hehehe..ni ost cerita korea 1st yg sy pernah tgok..Autumn in My Heart..best sgt..tp sy x gila korea k, xminat pun grup2 kpop tu..:D..

p/s: x dapat bygkn pak Arab Kpop..:P

Monday, December 26, 2011

Jangan Terkejut: Malaysia Ranking No 1 Dunia

Malaysia berada di tangga pertama dunia. Sila fahami sendiri


Nasiblaaa..



Casino de Genting

1. Casino de Genting (Pahang) 13000
2. Foxwoods Resort Casino (Connecticut) 10220
3. Mohegan Sun Casino (Connecticult) 10000
4. Bellagio (Las Vegas) 9700
5. MGM Grand (Las Vegas) 9000
6. Mandalay Bay (Las Vegas) 8000
7. Sands Macau (China) 8000
8. Caesar's Palace (Las Vegas) 7500
9. Borgata (Atlantic City) 7000
10. Atlantis Resort and Casino (Bahamas) 6500

Angka yg dimaksudkan di atas adalah jumlah employee 4 those casino s..
Casino Malaysia tuu~ cayalah, perlukan pekerja pling ramai?..mmm mesti besarkan..
So, u all rasa bangga x?..suka?..pikir2kanlah.  ^-^

Sumber dr sini:

Friday, November 25, 2011

Percayakah Anda Rambut Pelajar Malaysia Kurang Cantik Selepas MidTerm Break???

Midterm break adalah cuti yg ditunggu stiap stud U selepas 7 mggu dihempas dipulas..dan time yg paling berat adalah bermula sesi kuliah selepas cuti tersebut..Cuti sem rasanya xdala seberat tu wktu kuliah bermula..cz time tu mana da saiment semua lg..so sgala jenis muka muncul lepas cuti midterm tu..ada yg wat muka garfield, muka kesian, muka ular sawa tgah sembelit & muka gajah kurang tidur..

Tengah jawab test

Test klau 1, 2 paper tu xpa la..ni lepas midterm segala jenis ujian menimpa..
(lepas jatuh dtimpa buku, kelas ganti turut runtuh)

ni la yg blaku klu study n langsai saiment last minute..cuba belajar 3minit terakhir xla jd cmni

sbg seorg stud pasti masa utk stress hnya ini..

Rambut ku yg cantik dari camni

Rahsia rambut ku berkilau = duduk slma 8minit smbil brangan jd model syampoo sbelum bangkit dr katil lepas bgun tidor

Tapi segala jenis petua, tips, susuk or ilmu hitam utk rambut berkilau xkan berhasil lg wlupun selepas melangsaikan hutang piutang ni..n sepanjang 2 minggu berlalu inilah yg berlaku keatas kebanyakan student U..rambut pun tak terjaga..


Bingung..

heheheeee..I hope xda la yg smpi terjun bgunan 2 tingkat ya klu stress belajar..
apa2 pun study tu study juga, emosi kena pandai kawal
nnt xpasal2 muka cam yg diatas ni
suma org pun takot nk dekat

MAJULAH SUKAN UTK NEGARA
(tiba-tiba)






Saturday, November 19, 2011

MATA OH MATA~

Semalam adalah hari untuk melangsaikan assignment yg paling mengerikan dalam hidup aku sebagai seorang student. Lab Skill Test! fuhh..dudap dudapp jantung ku..assessment start pukul 830 am..tp ku turun awal cz nak set up semua barang kat lab tuh..client aku tiba dalam 10 minit sebelum 830am..makin berdebar..then sekitar 830am assessor saya iaitu cik Mat yg ku x berapa berkenan pun tiba..daappp!! jantung ku mcm dah hilang..heheheee..ok dia suruh truskan..aku pun mulakan dengan perasaan yang agak gabra..bla bla bla bla..aku selesaikan semua skill dengan kurang tenang..nasib en Mat agak mberi support..lalu dia pun mengpass kan aku..fuuu~ nasib baik..

tp gara2 skill test tu la 3 jenis test pada hari2 sbelum tu aku x berapa nak layan..nerves utk test ni melebeh2..counseling habis, physio rasanya ok kot, disable sport habis, n biomech lagi la habis..huhuuu..

gara2 skill test ni juga aku tak cukup tidor..aku wat test tu ari jumaat..kelas mandarin lepas test tu pun aku ngantuk, petang tu sebelum pergi kelas disable, syaitan dah hampir bjaya dah menyogok aku utk ponteng kelas..nsib baik aku bjaya lawan..klu tak pecah rekod la aku sepanjang pengajian ni ponteng kelas gara2 nak tidur..pergi kelas disable pun xda la ngantuk sgt, tp rasa pinar kat mata tu tetap ada..klu pejam tu mmg best arr..
balik kelas, smpi kat bilik pun ngantuk..tp gara2 gian nak tau apa cerita kt dunia online ni gagahkan jua on laptop..pas tu g mandi jap, balik mandi...820pm letak ja kepala atas bantal...ZZZZZZZzzzzzzzz..fuuu~ bayar semua yg kurang dari ari2 sblum tu..



BAHAGIANYA AKU TIDUR DARI 830PM SMPI 830AM..
assignment??? lek luu~








Tuesday, November 8, 2011

Ooh My Hero~

Before ni tak pernah nak minat kat mana2 penyanyi, hero2 or heroin2..tp lepas tengok KL Gangster, serius saya minat giler ngan samseng macho Aaron Aziz..Macho dohh..heheheee..ce tengok..mesti korang pun cakap dia macho kan??


oohh gangster2 ku~~~



huh! habes aaron aziz ku!! arrghahahahaaaa...

kreatif lol..kredit to fukkenlol.blogspot.com cz did somethin make others laugh terguling2..hahahahaha


Monday, November 7, 2011

Ke Mana Destinasi Percutian Pilihan Anda??

Cuti2 ni kalau pergi bercuti kan best nya tak terhingga?? setelah bergelumang dengan segala jenis buku, ceramah lecturer selama 7 minggu berturut2 alangkah indahnya kalau dapat pergi ke satu tempat terindah di atas muka bumi ni. paling best kalau dapat pergi ke pulau. sayala orang yang sangat menyukai pulau2 berbanding tempat2 yang lain. tapi plan untuk bercuti ke salah 1 pulau d Terengganu tinggal plan..huhuhuuu..banyak yang nak balik umah masing2 sambut Hari Raya Aidiladha. tinggal diri terkotak-kotak kat kolej yang sunyi sepi dan usang ni. melancong ke seluruh dunia dengan menggunakan kemudahan wireless yang begitu setia dan berjayanya menabur baktinya kpd sy..(tinggal 3 org ja kt kolej ni..wireless sy yang punyaa!!!!! yeehaaaa!!!) smbil buat assignment sambil melancong blog org..
bicara pasal lokasi percutian, klu dulu2 negara luar yang 1st skli saya nak pergi adalah China..kenapa?? sb dia punya Great Wall..kagum sesangat ngn wall dia..sgt2 cantik..dan kalu boleh sgala jenis keajaiban, keindahan di dunia saya nak teroka..fewwwww..


Great Wall of China: dimurahkn rezeki, dipanjangkn usia sy nk sentuh keajaiban ini..kekeke

Dan sekarang selepas habis baca buku Muhammad Al Fateh (Tokoh penakluk hebat Islam), saya tertarik nak pergi ke Turki pulak. Kisah yang sangat hebat dalam usaha menakluk kota rebutan dunia pada zaman tersebut telah menarik perhatian saya untuk melihat apakah yang hebat dan indah nya pada negara tersebut..setelah search2 kt google akhirnya ini yang saya jumpa...

p/s: ayat yg menarik perhatian saya dalam buku itu
      
    "Jika dunia ini adalah sebuah negara, Kota Konstantinopel ini adalah ibu negaranya" by Maharaja Konstantine
     Kota Konstantinopel = Istanbul (selepas bjaya ditakluk oleh Sultan Muhammad Al Fateh)
    

Istanbul pada musim sejuk

Izmir Turki: WOW!!

Karang Pamukkale: terletak di daerah Denizli di barat daya Turki
(boleh mandi spa cz kwsn alam mineral & perairan batu kapur = kalsium yg panas)

     b4 bjaya pergi ke tempat2 cantik lain di muka bumi ni inilah 2 lokasi luar negara yang saya nak pergi dulu..korang cmna pula?